Polis Terengganu akan memberikan penumpuan khususnya di tiga daerah yang berisiko mengalami banjir serius menerusi peralihan Monsun Timur Laut (MTL) tidak lama lagi.<br /><br />Ketua Polis Terengganu, Datuk Rohaimi Md Isa berkata, berdasarkan trend banjir berlaku di negeri itu sebelum ini, ia melibatkan daerah Hulu Terengganu, Kemaman dan Dungun.
